Jika boleh beri markah kepada signboard ini, aku akan berikan 92%. Kira kategori cemerlang la ni.
(1) Penggunaan kacang yang divisualkan hampir satu pertiga ruang signboard ini adalah amat menarik. Lebih-lebih lagi kacang ini juga dilihat amat menyelerakan dan lazat, membuatkan kita terasa seperti ingin mengunyahnya. Jadi sudah pasti pemandu akan cuba untuk berhenti di RNR berdekatan untuk membeli kacang ini.
(2) Perkataan Kacang Menglembu yang digunakan adalah sebagai pemasaran jenama yang cuba digunakan, namun bagi aku, produk kacang ini adalah sangat sinonim dengan produk kacang di Malaysia ini. Jadi mungkin satu 'Tagline' boleh digunakan untuk menggambarkan bahawa kita perlu untuk memilih kacang ini berbanding kacang-kacang lain. Bagi penggemar kacang macam aku, aku tidak akan mencari jenama Kacang Menglembu tetapi akan cari jenama Ngan Yin (3).
Pandangan aku cuma mungkin Logo Ngan Yin itu sepatutnya mengambil ruang yang lebih besar untuk memasarkan jenama Ngan Yin itu atas rasional masyarakat Malaysia akan mencari jenama itu dan sudah pastinya akan mengetahui sebenarnya terdapat banyak lagi jenis kacang di bawah jenama Ngan Yin. Aku rasa dengan memasukkan mesej yang menunjukkan berapa lama usia Kacang Menglembu ini sudah berada di Malaysia, mungkin kelihatan lebih dramatik.
Kontra : Cara meletakkan ketiga-tiga elemen dalam Signboard ini agak tidak kena apabila hampir 1/4 ruang kanan tidak digunakan, Logo Ngan Yin diletakkan di bawah perkataan Kacang Menglembu juga tidak begitu tepat. Jika Logo Ngan Yin diletakkan secara besar di bahagian kanan dan perkataan Kacang Menglembu di letakkan 'Centre' akan sedikit mengubah landskap yang lebih jelas.