Isnin, 5 November 2012

Air Soya Kampung Benggali

Kita akan dapat air soya tanpa ais yang sangat sejuk sebab awal awal pekedai dah letak bongkah ais besar dalam air soya ni
Kalau tak try 'Tau Fu Fah' ni memang tak sah, soya yang lembut, padat dan manis gula melaka yang sangat sedap.
Inilah kedai Favourite kami sekeluarga
Ragam My Alya
Kedai Air Kacang Soya ni terletak di Bagan, Butterworth belakang panggung wayang lama. Kedai ni dah lama, semenjak ayah aku berumur 17 tahun dan hampir 50 tahun kedai ni beroperasi. Ayah aku kata dia pernah tengok operasi nak buat air soya ni, memang bersih sebab air soya ni kalau buat 'cincai' kata orang utara akan jadi cepat rosak tak sampai sehari. Memang sedap, ada power, kepekatan yang sensasi dan menyegarkan. Memang kat sebelah Perai ni orang akan cari kedai Air Soya ni dan kemuncaknya waktu tengahari, siap ada jual karipap yang memang sedap jugak cuma waktu aku pi ni kedai karipap tak buka. Kalau tidak memang masuk sangatlah karipap pedas yang lazat dan air soya yang sedap.