Rabu, 29 Ogos 2012

Right Food At Right Time

Aku terjumpa kajian tentang biologi dan ritma badan manusia yang mensarankan agar apa kita perlu makan pada masa yang sesuai dan kenapa...!!!...Menarik untuk dikongsi.
7-8 am : Eat Breakfast
Masa yang paling sesuai setelah kita buat regangan dan yoga atau senaman ringan
10 am : Have a Snack
Pada waktu ini, badan menggunakan 20% daripada glukosa di dalam otak kita, so kita digalakkan untuk makan karbohidrat kurang lemak seperti pisang untuk ’top up’ balik glukosa tu.
1 pm : Eat Lunch
Paras tenaga masa ni dah semakin berkurang. Itulah pasal kalau kita tidak lunch, badan akan memerlukan lebih banyak tenaga (kita akan lapar nak makan KFC dan nasi Kandar)
2-3 pm : Have a Snack
'Glucose levels plummet in a post-lunch dip'. Some cashew nuts, plain popcorn, or a dried or fresh fruit will get you back on track (Aku tak tahu la Melayunya….kalau tahu bagitahu ok…?)
4-6 pm : Do WorkOuT
Masa ni otot-otot kita panas membara, kecergasan kita membuak-buak, so kita digalakkan untuk bersenam ringan atau berat dan jangan tidur petang ... !!!
5-7 pm : Eat an evening MeAL
Selepas waktu ini, kita akan dipaksa makan lebih oleh badan untuk rasa kenyang. So makanlah waktu ini, sempatlah perut korang men’digest’kan makanan tu sampai korang tidur.
7-9 pm : Eat a Bedtime snacK
Bukan makan snack atas katil. Pilihlah yang mempunyai asid amino tryptophan yang tinggi macam pisang dan cheese (light-light only).

Selasa, 28 Ogos 2012

Demam ..... !!!?

Semua orang pernah Demam, Selsema dan Sakit kepala. Kadang kadang semua ni mai pakej. Setiap orang ada cara untuk mengurangkan demam, selain Panadol sebenarnya banyak cara lain untuk mengurangkan Demam (suhu badan). Melalui pemerhatian salah satu cara;
1. Minum Air Halia, 100 Plus dan Asam Jawa
2. Letak tuala sejuk kat Dahi
3. Minum banyak Air Masak
4. Selimut tebal untuk berpeluh
5. Tidur sepanjang hari
Apa pun pilihan kita sebenarnya Ubat panadol dan Ubat selsema kuning tu paling cepat bagi baik, namun dulu kala Tok Guru aku pernah berkata sel darah putih kita akan dimanjakan kalau banyak sangat makan ubat. Jadi biarlah sel darah putih kita bekerja dahulu kalau setakat demam sikit sikit dan kalau teruk baru makan ubat. Malam ni aku nak minum Air Asam Jawa agar boleh pi kerja esok. Hari ni Off .... :)

Isnin, 27 Ogos 2012

Sihat VS Kurus ... ?

Ramai antara kita kadang-kadang terburu buru nak kelihatan kurus. Habis segala macam ubat dan jamu mencurah curah masuk ke dalam perut kita. Ada yang berjaya ada yang terkandas. Satu masalah kita adalah sebenarnya kita sudah berjaya untuk mengurangkan lemak dan risiko kesihatan yang lain, tapi masalahnya apabila kita berhadapan dengan cermin, kita nampak tak kurus, perut tak kempis, otot perut tak 'six pack' dan lain-lain yang membuatkan kita tidak berpuas hati.

Kata pepatah, JANGAN MENGIDAM AWAN DI LANGIT, RUMPUT DI BUMI BANYAK GUNANYA .... maksud cukuplah sekadar kita sihat, kolestrol rendah, ukur lilit pinggang cantik, BMI normal InsyaAllah kita sihat. Kurus tidak bermakna kita sihat dan untuk sihat kita tidak perlu kurus.

Khamis, 23 Ogos 2012

Aidilfitri Anda?

Dari Laksa ke Bihun sup, singgah sebentar di Nasi Tomato, lepas tu jenguk pula Ketupat Nasi tak lupa Ketupat Pulut .... Begitu lah mungkinnya Raya Aidilfitri pada setiap tahun, Katakan Tidak Kepada Diet tapi mungkin boleh aktifkan diri untuk membakar kalori. Macam mana Lebaran anda pada tahun ini?

Selain makanan yang sedap, berjumpa saudara mara yang jarang berjumpa ada sesuatu yang semakin lama semakin berubah. Dulu kita sakan beraya, Lepas tu Terperap depan TV dan la ni dok asyik main handphone, tab dan I Pad. Feel bebudak dah berkurang ... Aku tertarik satu post member dalam wall FB nya katakan "budak remaja zaman la ni, bukan nak dok dapoq, tapi dok kalut amik gambar makanan nak letak dalam Instagram dan FB" 

Jadi bukan kerajaan yang patut dipersalahkan, jelas sekali bukan pembuat Apple atau Samsung dan jangan disalahkan budak budak dan remaja itu ... Jadi fikirkan dan buat keputusan yang betul dalam keluarga anda.

Jumaat, 17 Ogos 2012

Ramadhan

Hari ini merupakan hari terakhir Bulan Ramadhan. Ramadhan akan dirindui dan harap akan berjumpa lagi selepas ini (Ayat Cliche) ... he he. Semua orang pasti akan merasa sedemikian. Namun di sebalik Ramadhan, yang merupakan Bulan Latihan dan Pembersihan, Apakah yang kita telah pelajari dari Ramadhan tahun ini?

Kata Ustaz bijak pandai, Ramadhan pasti akan mengubah kita dari buruk kepada baik, makanya pasti ada kebaikan yang kita pelajari tak banyak sedikit pun Alhamdulillah. Jika dalam Ramadhan kita menjaga mulut tidak mengumpat, harapnya sama la selepas ini, Jika tidak makan secara berlebihan, harap sama la pada bulan yang lain. Namun Tuhan itu Maha Besar, Jadikan bulan Ramadhan cukup untuk sebarang proses detokfikasi dalam badan (x perlu ubatan mahal dan sauna dan dsb), cukup untuk mendapat pahala 1000 bulan kerana hidup kita tidak lama macam umat terdahulu. Namun tidak bermakna kita hanya mengejar pahala Ramadhan dan sekelip mata berubah ke arah kejahatan di bulan yang lain. Pesanan ini untuk anda dan juga diri sendiri. 

Jadi apa latihan anda Ramadhan kali ini?

Rabu, 15 Ogos 2012

Apa Status Anda?

Masa start puasa, tak teringat pulak nak check Berat dan Peratus Lemak Badan. Tadi check dan ini hasilnya

Lemak badan 27.9 % (sepatutnya bagi Lelaki 25 %), BMI macam ok ja Normal tetapi dikategorikan Obesiti dari segi lemak dalam badan. Ermm masa raya confirm tak boleh turun, lepas raya ni tak tahu la pulak ...!!!!! Makanan tinggi lemak seperti Serunding, Ketupat, Kuih, Ayam Masak Merah, Nasi Tomato, Nasi Beriani .... Yang pasti takkan ku lepaskan begitu sahaja.

Jadi apa Status Anda ?

Selasa, 14 Ogos 2012

Zakat Fitrah

Salam

Tinggal 3 hari lagi nak Raya. Minggu ni penuh dengan mesyuarat, Ada yang best ada yang tak best ... biasa la dah menjadi tugas. Kot ada sesiapa yang terbaca Blog aku ni, hangpa semua dah menunaikan Zakat Fitrah ka? Aku dah tadi berzakat fitrah dengan En Abdullah, staff kat pejabat merangkap Imam Masjid .... (lupa pulak nama Masjid dia).

Bagi sesiapa yang beragama Islam, jangan dok buat lupa bayar pulak. Aku pun baru 2 kali bayar zakat fitrah mewakili My Wife dan My Alya. Ada jugak aku tengok pagi pagi Raya kat Masjid masih ada orang dok salam dengan Tok Imam nak bayar zakat fitrah, lupa la kot tapi masih kena bayar sebab suatu kewajipan. Jadi bila rasa benda tu wajib baru terasa dipanggil untuk membayarnya. Jadi untuk melakukan setiap perkara kita perlu rasa situasi itu WAJIB dan kerana Allah S.W.T, baru kita akan buat. Jadi bagi sesiapa yang tidak sihat, lemak badan tinggi, kolestrol jahat penuh dalam badan dan Ukur Lilit Pinggang pun x nampak macam pinggang maka hangpa boleh niat ;

"SAHAJA AKU MENGAMALKAN CARA HIDUP SIHAT KERANA ALLAH TAALA"

Isnin, 13 Ogos 2012

Baju Raya Sama

Tinggal 3 hari lagi nak kerja ... Jumaat ni Balik kampung .. Sabtu Last Shopping dan Ahad Raya kot. InsyaAllah. Kepada sesiapa yang terbaca Blog ni yang baru setahun jagung yang tak masak lagi Selamat hari Raya Aidilfitri aku ucapkan. Semoga selamat dalam perjalanan dan seronok di Hari Raya. Sembang pasai Hari Raya, nak tanya Baju Raya hangpa semua warna apa tahun ni? Baju aku warna macam Purple .. entah nak kata pun tak tau. Yang pasti my wife dan My Alya pun sama jugak ... kadang kadang aku nak tergelak pun ada dan confuse pun ada. Sebab apa masa Hari Lebaran kita kena pakai baju sama warna? Hari Raya Pertama sama ... Hari Raya Kedua pun nak bagi sama ... entah la kot ada orang lain seminggu tue semua baju nak sama warna. Tu baru baju ... sampul duit raya ... duit raya ... kuih raya ... semua nak sama warna. 

Sambil dok shoping tue aku perasan Butik gene Martino la paling sibuk dengan keluarga dan anak pinak pasai Butik ni marketing baik punya baju sama warna .. elemen kesamaan la konon .. semua sama warna .. Fikir sat ..!!!! Adakah perlu? Kenapa perlu? Apa Natijahnya? Ha ha ha Aku sajala tanya bukan aku tak buat ... disebabkan nak sama warna berminggu minggu naik turun Supermarket (tak payah sebut la kat mana) setakat Penang dan Perlis ni hampir semua kami daki dan dayung .... Ni sampai baju raya kedua aku pun tak jumpa lagi gara gara Baju Raya Wife aku warna Hijau Batang Pisang dan aku kena beli kemeja warna tu jugak ... ha ha ha Poning den. Apa pun aku seronok dengan budaya ni.

Cuma kadang kadang sedih dengan berita ada insan lain tidak dapat beli baju raya disebabkan kedaifan (hangpa baca la paper Metro-hari hari ada). Tapi selain derma dan Zakat Fitrah, tidak la aku mampu nak sponser baju raya kat insan insan tu, cuma berharap depa boleh bergembira dengan kehidupan yang telah ditetapkan tu. Dan kita janganlah terlalu nak beraya sampai Credit lebih banyak dari Debit. Baju Raya hangpa Warna apa? Fikir nooo

Salam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hi.. Just teringin nak tulis Blog dan bercerita. Dulu masa belajar ada jugak dok tulis Blog ni ... Pasai Kesihatan (Mentang-Mentang Kerja kesihatan) tapi terkandas dek kesibukan melampau dan aku pun dah delete blog tue ... La ni nak kata tak sibuk pun x jugak cuma disebabkan kesibukan semakin melampau banyak benda dalam otak ni x dapat diterjemahkan ... menjadi tekanan melampau dan uban aku pun tumbuh bagai cendawan. Aku tertarik dengan satu gambar ni ... (credit Ghonemi)


Betoi la kata kajian, Lelaki meninggal awai sebab banyak Fikir tapi keluar sikit ... perempuan Fikir sikit tapi keluar banyak .. kita sakit jiwa, depa jiwa tenang ... ha ha ha itu kot kehidupan. So mungkin geng geng Lelaki lepas ni kena Fikir bagaimana untuk Fikir sikit dan keluar pun sikit ... Kalau Fikir banyak, makan pun mesti banyak dan tekanan darah pun banyak .... himpunan lemak bertambah akhirnya ke katil wad la gamaknya ... Jangan risau perempuan akan berada di sisi menemani kita yang terlantar sambil skodeng pengganti baru ha ha ha .... Mau ka?