Isnin, 1 Oktober 2012

Adab Memukul Anak


Perangai anak-anak semasa membesar sememangnya adalah waktu yang amat 'amazing' dalam hidup ibu dan bapa. Kata orang anak adalah madu dan juga racun adalah tepat sama sekali. Bagi seorang ayah yang kepenatan dan banyak tekanan kerja, perkara pulang ke rumah adalah saat yang paling dinantikan. 

Namun apabila kadang-kadang anak itu menjadi 'racun', kita mungkin kurang sabar dan jika ibu bapa itu melayan perasaan marah yang amarah, kita mungkin akan memukul anak kita. Persoalannya, sejauh manakah pukulan itu dibenarkan dalam konteks mendidik anak? Aku cuba untuk mengkaji perkara ini melalui pembacaan dan 'internet surfing', dan meringkaskan dengan Tips-Tips yang berikut;

1. Marah adalah kerja syaitan, kadar denyutan jantung dan tekanan darah kiat akan meningkat, Jadi jangan memukul anak kita ketika marah kerana kita cenderung untuk memukul kerana syaitan bukan kerana Allah.

2. Jangan pukul di bahagian dada, di situ terdapatnya paru-paru yang melindungi jantung dan hati 

3. Jangan memukul di bahagian muka kerana di situ sepatutnya tempat curahan kasih dan sayang

4. Jangan memukul di perut kerana di situ adalah ibu segala penawar dan racun

5. Jangan memukul di bahagian belakang kerana di situ terikatnya segala urat dan saraf

6. Jangan memukul lebih daripada 3 kali.

7. Jika anak anak belum tahu membezakan perkara baik dan buruk, HARAM baginya untuk dipukul secara keras, mungkin akan memberi kesan ketakutan dan kemurungan.

Hukum memukul hanyalah selepas kita menggunakan cara nasihat, berlembut dan hukuman yang ringan telah dikenakan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan