Memaparkan catatan dengan label Signboard. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Signboard. Papar semua catatan

Sabtu, 14 September 2013

Oh My Malaysia Highway Signboard - Ngan Yin

Jika boleh beri markah kepada signboard ini, aku akan berikan 92%. Kira kategori cemerlang la ni. 

(1) Penggunaan kacang yang divisualkan hampir satu pertiga ruang signboard ini adalah amat menarik. Lebih-lebih lagi kacang ini juga dilihat amat menyelerakan dan lazat, membuatkan kita terasa seperti ingin mengunyahnya. Jadi sudah pasti pemandu akan cuba untuk berhenti di RNR berdekatan untuk membeli kacang ini. 

(2) Perkataan Kacang Menglembu yang digunakan adalah sebagai pemasaran jenama yang cuba digunakan, namun bagi aku, produk kacang ini adalah sangat sinonim dengan produk kacang di Malaysia ini. Jadi mungkin satu 'Tagline' boleh digunakan untuk menggambarkan bahawa kita perlu untuk memilih kacang ini berbanding kacang-kacang lain. Bagi penggemar kacang macam aku, aku tidak akan mencari jenama Kacang Menglembu tetapi akan cari jenama Ngan Yin (3).

Pandangan aku cuma mungkin Logo Ngan Yin itu sepatutnya mengambil ruang yang lebih besar untuk memasarkan jenama Ngan Yin itu atas rasional masyarakat Malaysia akan mencari jenama itu dan sudah pastinya akan mengetahui sebenarnya terdapat banyak lagi jenis kacang di bawah jenama Ngan Yin. Aku rasa dengan memasukkan mesej yang menunjukkan berapa lama usia Kacang Menglembu ini sudah berada di Malaysia, mungkin kelihatan lebih dramatik.

Kontra : Cara meletakkan ketiga-tiga elemen dalam Signboard ini agak tidak kena apabila hampir 1/4 ruang kanan tidak digunakan, Logo Ngan Yin diletakkan di bawah perkataan Kacang Menglembu juga tidak begitu tepat. Jika Logo Ngan Yin diletakkan secara besar di bahagian kanan dan perkataan Kacang Menglembu di letakkan 'Centre' akan sedikit mengubah landskap yang lebih jelas.


Selasa, 18 September 2012

Oh My Malaysia Highway Signboard - Zhulian

Last weekend masa drive on Utara Selatan Highway Plus (Penang - Alor Star), saja aku dok perhati dan fikirkan Design Signboard yang digunakan. Gambaran keseluruhan aku boleh katakan Design Signboard Highway Malaysia perlukan banyak pembaharuan. 

Hanya terfikirkan untuk menjadi pengkritik tidak bergaji, aku hanya bagi pandangan ikhlas mengenai Signboard Highway kita.


a. Signboard Zhulian

(1) Kombinasi warna yang digunakan dengan percikan bunga api pesta nampaknya tidak menyerlah dengan warna krim putih serta hitam kelabu dan percikan api berwarna oren. Daripada sekilas pandang seperti sigboard buruk. Jumlah warna yang digunakan adalah sebanyak 7 warna dan ini menjadikan signboard ini bertaraf Tadika Kemas dan Perpaduan. Setiap kombinasi warna adalah tidak kena pada mata yang memandang.

(2) Mesej ke 50 seperti agak tenggelam dengan warna yang digunakan. Namun aku lebih berminat untuk mempersoalkan apakah relevan untuk terlalu bercita-cita tinggi untuk meraikan sesuatu lebih awal daripada usia. Ya aku setuju untuk menunjukkan Zhulian telah berusia 50 tahun yang mana setiap syarikat mengimpikan status berpengalaman tetapi tidakkah angka 25 tahun itu sudah cukup bermakna jika dikira pada tahun semasa 2012? 

Aku juga bersetuju jika signboard ini bertujuan untuk orang bercakap dan berbincang mengenai Zhulian kerana angka 2039 (3), mungkin orang akan tertanya-tanya tetapi pada akhirnya orang akan ketawa dengan lawak jenaka ini. 

Pro : Mesej yang digunakan tidak terlalu banyak, pada kelajuan biasa 80-120 km/jam pemandu kereta masih sempat membacanya, lebih-lebih lagi terdapat hingga 3-4 signboard Zhulian sepanjang perjalanan.