Khamis, 13 September 2012

Oh My Kerja

Hari ini genap sebulan Blog ayahfaizal dilahirkan. Sekarang memang tengah agak sibuk untuk persediaan Karnival Jelajah Sihat Bersama Komuniti ... Program yang dilahirkan oleh 'Pembuat Dasar' dan dilaksanakan dengan tekun oleh Pelaksana Dasar atas dasar perjanjian 'Aku Janji' yang telah aku tandatangan pada 3.5.2007.

Kerja adalah kerja. Semua orang sibuk, sekalipun makcik 'cleaner' pun sibuk. Jadi siapa yang tidak sibuk? Siapa yang tidak banyak kerja? Mungkin ada mungkin tiada. Kerja di bidang promosi sememangnya habis semua promosi dijalankan, tidak tertinggal satu pun, habis semua kerja disiapkan serta kerja orang lain juga turut diselesaikan. Mungkin kadang kadang aku mengeluh tetapi kadang kadang juga terfikir apa yang hendak dikeluhkan ! Setiap pagi aku berniat kerja kerana Allah Taala dengan harapan agar kerja yang dibuat adalah keranaNya dan bukan kerana manusia.

Kita mungkin sibuk tetapi jangan 'Do Busy Without Anything'. Apabila kita tersepit, kita salahkan ranting yang tidak disapu sehingga kita menyapu ranting itu ke rumah sebelah. Kita tidak langsung terfikir untuk mencari punca ranting itu bersepah di halaman rumah kita. 

Lagi lama kita kerja lagi lama la kita lalai dengan pekerjaan kita. Kita lupa untuk tersenyum kepada orang ramai, kita terleka untuk memberi nada gembira apabila menjawab telefon dan kita ambil mudah dengan kerisauan keluarga pesakit yang tekun menunggu di ruang menunggu. Kita hanya ingat kemarahan penyelia, overtime lambat serta tak puas hati sana, tak puas hati sini sehingga kita gagal untuk memudahkan masyarakat dan lebih malang apabila kita menganggap pelanggan kita adalah satu beban. Jadilah seperti tanah, menyimpan air untuk pokok berdiri dan menjana pendapatan nelayan di laut. 

ps : Suatu catatan sementara menunggu cerita seram Waris di TV3

Ahad, 9 September 2012

Burger Bakar

9 September
8.00 Malam
Zam Burger Bakar, Restoran Pokok Toi 

Burger Bakar Daging Extra Cheese

Sabtu, 8 September 2012

Satu Story Di Hari Minggu

Hari ni 8 September aku ada 2 kenduri, satu di Taman Nuri Alor Star, jemputan memberku Jerry, abangnya pijan kahwin dan aku pun pernah bekerja dengan abangnya masa di Pizza Hut dulu. Tak sempat nak candid gambar apa sebab tengok hujan dan awan mendung dah mula nak beraksi....

Ada satu story masa aku nak lalu road block Polis kat area Jerlun tak salah laaa ..... Aku pun angkat tangan kat Polis tu dari dalam cermin. Sambil menunjukkan arahan untuk aku membuka tingkap terus Pakcik Polis tu berkata;

Pakcik Polis : Bila saya nak cakap dengan awak, buka la tingkap
Aku : Angguk ja ... (sambil melihat Pakcik Polis tu)
Pakcik Polis : Saya panas kat luar, awak sejuk kat dalam 
Aku : Masih angguk angguk 
Pakcik Polis : Ok lain kali buka tingkap
Aku : Terus berlalu sambil menutup tingkap kembali (dalam hati ter 'blur' seketika)

Pengajaran
1. Pakcik Polis tu perlukan teman bercakap 
2. Buka tingkap apabila jumpa Pakcik Polis tu
3. Aku pun tak pasti Pakcik Polis tu nak cakap apa dengan aku
4. Pakcik Polis panas, aku sejuk.... Pakcik Polis dapat Overtime, aku tak dapat Overtime

Jumaat, 7 September 2012

10,000 Langkah Merdeka Perlis

Venue : Denai Larian Pengkalan Asam
Date : 9 September 2012

9 September

Hari ni telah berlangsung Program 10 Ribu Langkah Merdeka. Kalau ikut hati memang nak masukkan kalau boleh semua pic-pic yang aku candid hari ni tapi apakan daya pic terlalu banyak, kot sapa yang perasan aku men'candid' pic anda anda semua, mai la minta ok ....

Post Post Istimewa 
Srikandi Kesihatan dari Kolej Jururawat
Orang-orang Besar JKN Perlis
Happy Face .... :)
Semangat Merdeka 
Candid ......

10 Ribu Langkah dengan Semangat Merdeka 2012
7 September 2012

Buat Plat Nombor untuk di spray atas kain ...
No Cabutan Bertuah
Geng Spray ...
Memang seronok Program Berjalan Kaki, dapat mengurangkan tekanan dan minda jadi Sihat ...Konon la ... Otak lagi tekanan ada la .... ha ha ha But think positive ... Tekanan mematangkan kita ...

Open House JKN 2012


Pasukan Koir JKN yang akan mewakili Perlis di Peringkat Kebangsaan
Aneka Makanan
All Time Favourite ... 2-3 kali aku dok ulang amik Puding Karamel ni ....
Sebenarnya banyak lagi candid yang nak aku kongsi dalam Blog ni tapi My 'Big Boss' beramanat punya la panjang lebar, so setakat nie ja la Pic yang sempat di rakam .... bukan apa aku pun dah 'Lapaq Tak Sanggah' (Dialek Perlis) tak makan dari Pagi ...

Selasa, 4 September 2012

Road To Karnival Jelajah Sihat 2012

4 September 2012
UITM
Bincang ... Bla bla bla
Setia Menunggu
Kind Of Legend .. Mr Manja Man (Ex Pemain Bolasepak)-Penjaga Kompleks Sukan UITM
Kontraktor dilantik
Bakal Tempat program