Khamis, 13 September 2012

Oh My Kerja

Hari ini genap sebulan Blog ayahfaizal dilahirkan. Sekarang memang tengah agak sibuk untuk persediaan Karnival Jelajah Sihat Bersama Komuniti ... Program yang dilahirkan oleh 'Pembuat Dasar' dan dilaksanakan dengan tekun oleh Pelaksana Dasar atas dasar perjanjian 'Aku Janji' yang telah aku tandatangan pada 3.5.2007.

Kerja adalah kerja. Semua orang sibuk, sekalipun makcik 'cleaner' pun sibuk. Jadi siapa yang tidak sibuk? Siapa yang tidak banyak kerja? Mungkin ada mungkin tiada. Kerja di bidang promosi sememangnya habis semua promosi dijalankan, tidak tertinggal satu pun, habis semua kerja disiapkan serta kerja orang lain juga turut diselesaikan. Mungkin kadang kadang aku mengeluh tetapi kadang kadang juga terfikir apa yang hendak dikeluhkan ! Setiap pagi aku berniat kerja kerana Allah Taala dengan harapan agar kerja yang dibuat adalah keranaNya dan bukan kerana manusia.

Kita mungkin sibuk tetapi jangan 'Do Busy Without Anything'. Apabila kita tersepit, kita salahkan ranting yang tidak disapu sehingga kita menyapu ranting itu ke rumah sebelah. Kita tidak langsung terfikir untuk mencari punca ranting itu bersepah di halaman rumah kita. 

Lagi lama kita kerja lagi lama la kita lalai dengan pekerjaan kita. Kita lupa untuk tersenyum kepada orang ramai, kita terleka untuk memberi nada gembira apabila menjawab telefon dan kita ambil mudah dengan kerisauan keluarga pesakit yang tekun menunggu di ruang menunggu. Kita hanya ingat kemarahan penyelia, overtime lambat serta tak puas hati sana, tak puas hati sini sehingga kita gagal untuk memudahkan masyarakat dan lebih malang apabila kita menganggap pelanggan kita adalah satu beban. Jadilah seperti tanah, menyimpan air untuk pokok berdiri dan menjana pendapatan nelayan di laut. 

ps : Suatu catatan sementara menunggu cerita seram Waris di TV3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan