Ahad, 23 September 2012

10 Things Malaysian and Calorie


  1. Rakyat Malaysia tidak mengetahui jumlah kalori yang diambil dalam satu hari.
  2. Kalori bukanlah perkara yang dibincangkan semasa  Majlis Rumah Terbuka dan Kenduri ataupun kedai mamak.
  3. Semasa membeli belah di Pasaraya, tidak terlintas langsung untuk menyemak kandungan kalori pada label makanan.
  4. Sudah pasti kebanyakan Rakyat Malaysia tidak mengetahui berapa kalori untuk 1 gram Karbohidrat.
  5. Rakyat Malaysia mungkin tahu 1 tin Coca Cola mengandungi 9 – 14 sudu gula, tapi tidak tahu kalori bagi satu sudu gula.
  6. Bukan setakat kalori makanan, kebanyakan Rakyat Malaysia tidak tahu mengenai pembakaran kalori semasa senaman.
  7. Tidur boleh membakar kalori, bukan alasan Rakyat Malaysia untuk tidur di waktu petang.
  8. Tiada ibu bapa mengingatkan anak mereka untuk minum air kosong dengan alasan air tersebut adalah kosong kalori.
  9. Tiada ibu bapa yang menyuruh anaknya bermain di luar untuk membakar kalori
  10. Sudah pasti Rakyat Malaysia tahu kalori berebihan adalah risiko kepada kesihatan tetapi setakat sekadar tahu sahaja, tiada tindakan yang diambil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan