Isnin, 3 September 2012

Susu

Salam semua

Story pasal Susu. Seminggu ni My Alya tak mahu minum susu pulak. Hari tu masa tengah cari susu S 26 dia, x dak stok, beli la sebungkus Dugro untuk back up sat, dia mau minum, try Dugro pulak, nak masuk paket ketiga dia x mau minum dah, tukar S 26 pun dia tak dak mood nak minum, kurang sikit. Risau jugak ... cuma dia banyak minta air masak sejuk, mungkin dahaga la kot tak minum susu. 

Selingan ja ... sebenarnya nak cerita pasal stigma ibu bapa masa kini tentang anak tak boleh minum susu awal pagi sebelum ke sekolah ... katanya Muntah ... alasannya Laktosa dalam susu tak serasi. Ini kata Pegawai Pemakanan. Tapi aku sebenarnya tak percaya dan percaya suatu stigma telah terpahat dalam kebanyakan ibu bapa di Malaysia ini. Bagaimana kita boleh katakan susu tidak serasi, sedangkan sejak kecil kita memberi anak cucu kita minum susu, bukan Milo ataupun Teh Ais ...!!!

Kita telah diprogramkan untuk memberi susu kepada anak kita dan bercadang menukar susu kepada Milo atau minuman lain apabila kanak-kanak itu membesar. Ramai ibu bapa di Malaysia tidak memberi susu lagi kepada anak mereka apabila berusia 6 tahun ke atas. Kanak- kanak di Malaysia diasuh dengan minuman tinggi kalori dan kurang faedah seperti teh tarik dan kopi. Susu yang tinggi khasiat dan faedah tidak lagi menjadi minuman seharian yang patut diteruskan sehingga dewasa. 

Cuma aku bersetuju dengan satu perkara, stigma perubahan ini adalah disebabkan susu di Malaysia sebenarnya agak mahal berbanding negeri jiran aku, Thailand. Susu memang mahal, bagaimana ibu bapa yang berpendapatan rendah dan sederhana mampu untuk membeli susu yang rata rata berharga RM 30 ke atas bagi beberapa gram yang hanya tahan sehingga 3-5 hari sahaja? 

Mungkin kerajaan patut lakukan sesuatu bagi menjadikan susu sebagai minuman seharian rakyat di Malaysia tidak kira kecil sehingga dewasa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan