Khamis, 23 Ogos 2012

Aidilfitri Anda?

Dari Laksa ke Bihun sup, singgah sebentar di Nasi Tomato, lepas tu jenguk pula Ketupat Nasi tak lupa Ketupat Pulut .... Begitu lah mungkinnya Raya Aidilfitri pada setiap tahun, Katakan Tidak Kepada Diet tapi mungkin boleh aktifkan diri untuk membakar kalori. Macam mana Lebaran anda pada tahun ini?

Selain makanan yang sedap, berjumpa saudara mara yang jarang berjumpa ada sesuatu yang semakin lama semakin berubah. Dulu kita sakan beraya, Lepas tu Terperap depan TV dan la ni dok asyik main handphone, tab dan I Pad. Feel bebudak dah berkurang ... Aku tertarik satu post member dalam wall FB nya katakan "budak remaja zaman la ni, bukan nak dok dapoq, tapi dok kalut amik gambar makanan nak letak dalam Instagram dan FB" 

Jadi bukan kerajaan yang patut dipersalahkan, jelas sekali bukan pembuat Apple atau Samsung dan jangan disalahkan budak budak dan remaja itu ... Jadi fikirkan dan buat keputusan yang betul dalam keluarga anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan