Selasa, 14 Ogos 2012

Zakat Fitrah

Salam

Tinggal 3 hari lagi nak Raya. Minggu ni penuh dengan mesyuarat, Ada yang best ada yang tak best ... biasa la dah menjadi tugas. Kot ada sesiapa yang terbaca Blog aku ni, hangpa semua dah menunaikan Zakat Fitrah ka? Aku dah tadi berzakat fitrah dengan En Abdullah, staff kat pejabat merangkap Imam Masjid .... (lupa pulak nama Masjid dia).

Bagi sesiapa yang beragama Islam, jangan dok buat lupa bayar pulak. Aku pun baru 2 kali bayar zakat fitrah mewakili My Wife dan My Alya. Ada jugak aku tengok pagi pagi Raya kat Masjid masih ada orang dok salam dengan Tok Imam nak bayar zakat fitrah, lupa la kot tapi masih kena bayar sebab suatu kewajipan. Jadi bila rasa benda tu wajib baru terasa dipanggil untuk membayarnya. Jadi untuk melakukan setiap perkara kita perlu rasa situasi itu WAJIB dan kerana Allah S.W.T, baru kita akan buat. Jadi bagi sesiapa yang tidak sihat, lemak badan tinggi, kolestrol jahat penuh dalam badan dan Ukur Lilit Pinggang pun x nampak macam pinggang maka hangpa boleh niat ;

"SAHAJA AKU MENGAMALKAN CARA HIDUP SIHAT KERANA ALLAH TAALA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan