Isnin, 27 Ogos 2012

Sihat VS Kurus ... ?

Ramai antara kita kadang-kadang terburu buru nak kelihatan kurus. Habis segala macam ubat dan jamu mencurah curah masuk ke dalam perut kita. Ada yang berjaya ada yang terkandas. Satu masalah kita adalah sebenarnya kita sudah berjaya untuk mengurangkan lemak dan risiko kesihatan yang lain, tapi masalahnya apabila kita berhadapan dengan cermin, kita nampak tak kurus, perut tak kempis, otot perut tak 'six pack' dan lain-lain yang membuatkan kita tidak berpuas hati.

Kata pepatah, JANGAN MENGIDAM AWAN DI LANGIT, RUMPUT DI BUMI BANYAK GUNANYA .... maksud cukuplah sekadar kita sihat, kolestrol rendah, ukur lilit pinggang cantik, BMI normal InsyaAllah kita sihat. Kurus tidak bermakna kita sihat dan untuk sihat kita tidak perlu kurus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan