Isnin, 13 Ogos 2012

Baju Raya Sama

Tinggal 3 hari lagi nak kerja ... Jumaat ni Balik kampung .. Sabtu Last Shopping dan Ahad Raya kot. InsyaAllah. Kepada sesiapa yang terbaca Blog ni yang baru setahun jagung yang tak masak lagi Selamat hari Raya Aidilfitri aku ucapkan. Semoga selamat dalam perjalanan dan seronok di Hari Raya. Sembang pasai Hari Raya, nak tanya Baju Raya hangpa semua warna apa tahun ni? Baju aku warna macam Purple .. entah nak kata pun tak tau. Yang pasti my wife dan My Alya pun sama jugak ... kadang kadang aku nak tergelak pun ada dan confuse pun ada. Sebab apa masa Hari Lebaran kita kena pakai baju sama warna? Hari Raya Pertama sama ... Hari Raya Kedua pun nak bagi sama ... entah la kot ada orang lain seminggu tue semua baju nak sama warna. Tu baru baju ... sampul duit raya ... duit raya ... kuih raya ... semua nak sama warna. 

Sambil dok shoping tue aku perasan Butik gene Martino la paling sibuk dengan keluarga dan anak pinak pasai Butik ni marketing baik punya baju sama warna .. elemen kesamaan la konon .. semua sama warna .. Fikir sat ..!!!! Adakah perlu? Kenapa perlu? Apa Natijahnya? Ha ha ha Aku sajala tanya bukan aku tak buat ... disebabkan nak sama warna berminggu minggu naik turun Supermarket (tak payah sebut la kat mana) setakat Penang dan Perlis ni hampir semua kami daki dan dayung .... Ni sampai baju raya kedua aku pun tak jumpa lagi gara gara Baju Raya Wife aku warna Hijau Batang Pisang dan aku kena beli kemeja warna tu jugak ... ha ha ha Poning den. Apa pun aku seronok dengan budaya ni.

Cuma kadang kadang sedih dengan berita ada insan lain tidak dapat beli baju raya disebabkan kedaifan (hangpa baca la paper Metro-hari hari ada). Tapi selain derma dan Zakat Fitrah, tidak la aku mampu nak sponser baju raya kat insan insan tu, cuma berharap depa boleh bergembira dengan kehidupan yang telah ditetapkan tu. Dan kita janganlah terlalu nak beraya sampai Credit lebih banyak dari Debit. Baju Raya hangpa Warna apa? Fikir nooo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan