Jumaat, 17 Ogos 2012

Ramadhan

Hari ini merupakan hari terakhir Bulan Ramadhan. Ramadhan akan dirindui dan harap akan berjumpa lagi selepas ini (Ayat Cliche) ... he he. Semua orang pasti akan merasa sedemikian. Namun di sebalik Ramadhan, yang merupakan Bulan Latihan dan Pembersihan, Apakah yang kita telah pelajari dari Ramadhan tahun ini?

Kata Ustaz bijak pandai, Ramadhan pasti akan mengubah kita dari buruk kepada baik, makanya pasti ada kebaikan yang kita pelajari tak banyak sedikit pun Alhamdulillah. Jika dalam Ramadhan kita menjaga mulut tidak mengumpat, harapnya sama la selepas ini, Jika tidak makan secara berlebihan, harap sama la pada bulan yang lain. Namun Tuhan itu Maha Besar, Jadikan bulan Ramadhan cukup untuk sebarang proses detokfikasi dalam badan (x perlu ubatan mahal dan sauna dan dsb), cukup untuk mendapat pahala 1000 bulan kerana hidup kita tidak lama macam umat terdahulu. Namun tidak bermakna kita hanya mengejar pahala Ramadhan dan sekelip mata berubah ke arah kejahatan di bulan yang lain. Pesanan ini untuk anda dan juga diri sendiri. 

Jadi apa latihan anda Ramadhan kali ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan