Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Ahad, 23 September 2012

10 Things Malaysian and Calorie


  1. Rakyat Malaysia tidak mengetahui jumlah kalori yang diambil dalam satu hari.
  2. Kalori bukanlah perkara yang dibincangkan semasa  Majlis Rumah Terbuka dan Kenduri ataupun kedai mamak.
  3. Semasa membeli belah di Pasaraya, tidak terlintas langsung untuk menyemak kandungan kalori pada label makanan.
  4. Sudah pasti kebanyakan Rakyat Malaysia tidak mengetahui berapa kalori untuk 1 gram Karbohidrat.
  5. Rakyat Malaysia mungkin tahu 1 tin Coca Cola mengandungi 9 – 14 sudu gula, tapi tidak tahu kalori bagi satu sudu gula.
  6. Bukan setakat kalori makanan, kebanyakan Rakyat Malaysia tidak tahu mengenai pembakaran kalori semasa senaman.
  7. Tidur boleh membakar kalori, bukan alasan Rakyat Malaysia untuk tidur di waktu petang.
  8. Tiada ibu bapa mengingatkan anak mereka untuk minum air kosong dengan alasan air tersebut adalah kosong kalori.
  9. Tiada ibu bapa yang menyuruh anaknya bermain di luar untuk membakar kalori
  10. Sudah pasti Rakyat Malaysia tahu kalori berebihan adalah risiko kepada kesihatan tetapi setakat sekadar tahu sahaja, tiada tindakan yang diambil.

Jumaat, 14 September 2012

Oh My Cholestrol !


2 minggu lepas peratus Lemak 27.2 %, Baru tadi check dah naik 28.9% dengan berat badan 61.4 kg.


BAHAYA         DANGER.....!!!!!!!

Data pada bulan April 2012
  • Berat 58 kg
  • Kolestrol 5.9
  • BMI 24.8
  • Ukur Lilit Pinggang 91 cm  
FOKUS            MATLAMAT         BERTINDAK

1. Nasi hanya sebelum 7.00 PM
2. Aktifkan diri di Denai Larian 3-4 times / week
3. Masakan lemak hanya seminggu sekali .... ermmm ... 2 kali la ....huhu 
4. Minuman manis .... hanya secawan sehari
5. Open House ..... Wajib Hadir 

AKU BOLEH

Isnin, 3 September 2012

Susu

Salam semua

Story pasal Susu. Seminggu ni My Alya tak mahu minum susu pulak. Hari tu masa tengah cari susu S 26 dia, x dak stok, beli la sebungkus Dugro untuk back up sat, dia mau minum, try Dugro pulak, nak masuk paket ketiga dia x mau minum dah, tukar S 26 pun dia tak dak mood nak minum, kurang sikit. Risau jugak ... cuma dia banyak minta air masak sejuk, mungkin dahaga la kot tak minum susu. 

Selingan ja ... sebenarnya nak cerita pasal stigma ibu bapa masa kini tentang anak tak boleh minum susu awal pagi sebelum ke sekolah ... katanya Muntah ... alasannya Laktosa dalam susu tak serasi. Ini kata Pegawai Pemakanan. Tapi aku sebenarnya tak percaya dan percaya suatu stigma telah terpahat dalam kebanyakan ibu bapa di Malaysia ini. Bagaimana kita boleh katakan susu tidak serasi, sedangkan sejak kecil kita memberi anak cucu kita minum susu, bukan Milo ataupun Teh Ais ...!!!

Kita telah diprogramkan untuk memberi susu kepada anak kita dan bercadang menukar susu kepada Milo atau minuman lain apabila kanak-kanak itu membesar. Ramai ibu bapa di Malaysia tidak memberi susu lagi kepada anak mereka apabila berusia 6 tahun ke atas. Kanak- kanak di Malaysia diasuh dengan minuman tinggi kalori dan kurang faedah seperti teh tarik dan kopi. Susu yang tinggi khasiat dan faedah tidak lagi menjadi minuman seharian yang patut diteruskan sehingga dewasa. 

Cuma aku bersetuju dengan satu perkara, stigma perubahan ini adalah disebabkan susu di Malaysia sebenarnya agak mahal berbanding negeri jiran aku, Thailand. Susu memang mahal, bagaimana ibu bapa yang berpendapatan rendah dan sederhana mampu untuk membeli susu yang rata rata berharga RM 30 ke atas bagi beberapa gram yang hanya tahan sehingga 3-5 hari sahaja? 

Mungkin kerajaan patut lakukan sesuatu bagi menjadikan susu sebagai minuman seharian rakyat di Malaysia tidak kira kecil sehingga dewasa. 

Rabu, 29 Ogos 2012

Right Food At Right Time

Aku terjumpa kajian tentang biologi dan ritma badan manusia yang mensarankan agar apa kita perlu makan pada masa yang sesuai dan kenapa...!!!...Menarik untuk dikongsi.
7-8 am : Eat Breakfast
Masa yang paling sesuai setelah kita buat regangan dan yoga atau senaman ringan
10 am : Have a Snack
Pada waktu ini, badan menggunakan 20% daripada glukosa di dalam otak kita, so kita digalakkan untuk makan karbohidrat kurang lemak seperti pisang untuk ’top up’ balik glukosa tu.
1 pm : Eat Lunch
Paras tenaga masa ni dah semakin berkurang. Itulah pasal kalau kita tidak lunch, badan akan memerlukan lebih banyak tenaga (kita akan lapar nak makan KFC dan nasi Kandar)
2-3 pm : Have a Snack
'Glucose levels plummet in a post-lunch dip'. Some cashew nuts, plain popcorn, or a dried or fresh fruit will get you back on track (Aku tak tahu la Melayunya….kalau tahu bagitahu ok…?)
4-6 pm : Do WorkOuT
Masa ni otot-otot kita panas membara, kecergasan kita membuak-buak, so kita digalakkan untuk bersenam ringan atau berat dan jangan tidur petang ... !!!
5-7 pm : Eat an evening MeAL
Selepas waktu ini, kita akan dipaksa makan lebih oleh badan untuk rasa kenyang. So makanlah waktu ini, sempatlah perut korang men’digest’kan makanan tu sampai korang tidur.
7-9 pm : Eat a Bedtime snacK
Bukan makan snack atas katil. Pilihlah yang mempunyai asid amino tryptophan yang tinggi macam pisang dan cheese (light-light only).

Selasa, 28 Ogos 2012

Demam ..... !!!?

Semua orang pernah Demam, Selsema dan Sakit kepala. Kadang kadang semua ni mai pakej. Setiap orang ada cara untuk mengurangkan demam, selain Panadol sebenarnya banyak cara lain untuk mengurangkan Demam (suhu badan). Melalui pemerhatian salah satu cara;
1. Minum Air Halia, 100 Plus dan Asam Jawa
2. Letak tuala sejuk kat Dahi
3. Minum banyak Air Masak
4. Selimut tebal untuk berpeluh
5. Tidur sepanjang hari
Apa pun pilihan kita sebenarnya Ubat panadol dan Ubat selsema kuning tu paling cepat bagi baik, namun dulu kala Tok Guru aku pernah berkata sel darah putih kita akan dimanjakan kalau banyak sangat makan ubat. Jadi biarlah sel darah putih kita bekerja dahulu kalau setakat demam sikit sikit dan kalau teruk baru makan ubat. Malam ni aku nak minum Air Asam Jawa agar boleh pi kerja esok. Hari ni Off .... :)

Isnin, 27 Ogos 2012

Sihat VS Kurus ... ?

Ramai antara kita kadang-kadang terburu buru nak kelihatan kurus. Habis segala macam ubat dan jamu mencurah curah masuk ke dalam perut kita. Ada yang berjaya ada yang terkandas. Satu masalah kita adalah sebenarnya kita sudah berjaya untuk mengurangkan lemak dan risiko kesihatan yang lain, tapi masalahnya apabila kita berhadapan dengan cermin, kita nampak tak kurus, perut tak kempis, otot perut tak 'six pack' dan lain-lain yang membuatkan kita tidak berpuas hati.

Kata pepatah, JANGAN MENGIDAM AWAN DI LANGIT, RUMPUT DI BUMI BANYAK GUNANYA .... maksud cukuplah sekadar kita sihat, kolestrol rendah, ukur lilit pinggang cantik, BMI normal InsyaAllah kita sihat. Kurus tidak bermakna kita sihat dan untuk sihat kita tidak perlu kurus.

Rabu, 15 Ogos 2012

Apa Status Anda?

Masa start puasa, tak teringat pulak nak check Berat dan Peratus Lemak Badan. Tadi check dan ini hasilnya

Lemak badan 27.9 % (sepatutnya bagi Lelaki 25 %), BMI macam ok ja Normal tetapi dikategorikan Obesiti dari segi lemak dalam badan. Ermm masa raya confirm tak boleh turun, lepas raya ni tak tahu la pulak ...!!!!! Makanan tinggi lemak seperti Serunding, Ketupat, Kuih, Ayam Masak Merah, Nasi Tomato, Nasi Beriani .... Yang pasti takkan ku lepaskan begitu sahaja.

Jadi apa Status Anda ?